Salam...
Pejam celik pejam celik kita dah berada di hujung tahun 2015...hmmm...setahun yang cukup memberikan impak yang banyak dalam diri ina....macam kawan cakap..pahit macam mana pun tetap kene hadap dan telan....
Hari ni dah last day di ofic...harap berakhir jugaklah segala rasa yang ada sepanjang berada disini....tinggalkan segala rasa sedih yang ada di tempat bermulanya kami berkenalan...bawa bersama segala kenangan manis bersama kawan2....
Kali pertama kaki melangkah di kementerian 2 tahun yang lalu...nawaitu tidak akan cuba jatuh cinta lagi di tempat yang baru..tapi takdir tuhan...segalanya telah tertulis...atas urusan kerja kami btemu dan wujudnya perasaan yang istimewa antara kami...tapi takdir tuhan juga...perasaan yang wujud itu hanya singgah untuk sementara sahaja...menjengah dilubuk hati yang sedang sunyi ketika itu...
Apapun...sebagai manusia..tak semua yang kita nak kita akan dapat...so..belajarlah jadi seorang wanita yang redha dan tabah.....tanpa dia selepas ini...tanpa kenangan...tanpa dia dalam urusan kerja di destinasi yang baru....bertabah lah duhai hati!!!
Cuba lah untuk senyum seikhlas hati..walaupun dalam hati terasa ingin menangis.....belajarlah menghargai sesuatu hubungan....dan percayalah...jodoh ajal maut semua di tangan tuhan....'bermula dan berakhir'nya disini...
Terima kasih Allah....kerana pinjamkan dia untuk seketika.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan